Wednesday, 5 December 2012

Tanjung Simpang Mengayau yang juga dikenali sebagai ‘Tip of Borneo’ (bahagian paling utara Borneo), terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia. Hujung tanjung ini merupakan titik pertemuan Sulu dan Laut China Selatan. Dalam bahasa kaum Rungus, Kudat, Tanjung Simpang Mengayau dikenali dengan nama ‘Tanjung Sampang Mangazo’. ‘Tanjung’ bermaksud hujung, ‘sampang’ adalah simpang dan ‘mangazo’ pula bermakna peperangan.
Di sebabkan tempat ini terletak berhampiran laut, keadaannya memang panas. Sangat berbeza dengan keadaan semasa kami bercuti di KundasangMount Kinabalu View dan semasa menginap di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa Bagaimanapun anda tidak perlu risau kerana di sini terdapat beberapa kemudahan yang tersedia antaranya kafe, pondok berehat, kedai cenderamata dan chalet. Bilik air pun ada disediakan.Kepada yang belum pernah datang ke sini, bolehlah luangkan masa berkunjung bersama keluarga, rakan-rakan atau secara bersendirian untuk melapangkan fikiran. Tanjung Simpang Mengayau terletak kira-kira 215 kilometer dari Kota Kinabalu, iaitu lebih kurang tiga setengah jam pemanduan.
Bagi pengunjung yang datang dari jauh dan hendak bermalam di sini, ada dua pilihan yang boleh dibuat. Bermalam di resort yang terdapat di Simpang Mengayau (Tip of Borneo Resort danTampat Do Aman Jungle Camp) atau di Pekan Kudat (Kudat Golf and Marina Resort danRia Hotel). Jika hendak membuat pilihan hotel/resort lain pun boleh juga, gunakan saja kemudahan carian hotel di atas.

No comments:

Post a Comment