iAwani – Bagaimana Untuk Membuat Carian Artikel Cara Pantas
Untuk membuat carian pantas di iAwani, kami sediakan panduan bagaimana melakukannya, iaitu dengan…
1. Menggunakan kotak carian.
2. Mencari di ruang Sitemap.
3. Merujuk ke bahagian Kategori
4. Merujuk ke Arkib Harian.
5. Merujuk ke Arkib Bulanan.
2. Mencari di ruang Sitemap.
3. Merujuk ke bahagian Kategori
4. Merujuk ke Arkib Harian.
5. Merujuk ke Arkib Bulanan.
Gunakan kotak carian untuk carian pantas cara biasa. Jika Anda mahu mencari apa-apa maklumat berkenaan sesuatu topik tertentu misalnya iPad atau Android, taip di kota carian lalu tekan Enter.
Hasil carian iAwani dipaparkan dalam format tajuk beserta tarikh, kategori, huraian, gambar, link ke sumber berita serta link untuk ke artikel-artikel berkaitan. Jika Anda malas untuk mencari page by page, klik ke tajuk artikel-artikel berkaitan. Ada belasan tajuk juga ada disediakan thumbnail link.
Jika Anda mahu membaca berita terbaru berkaitan sesuatu gajet sahaja, teknik terbaik adalah dengan merujuk ke bahagian Sitemap atau ke bahagian Kategori.
Setiap berita yang disampaikan iAwani di klasifikasikan mengikut kategori masing-masing – berita terbaru dalam setiap kategoti akan berada di bahagian atas sekali. Link ke setiap kategori kami letakkan di bahagian sidebar (di sebelah kanan skrin Anda) untuk memudahkan Anda mengklik ke kategori-kategori tertentu. Setiap kategori memaparkan jumlah artikel yang ada di situ.
Fungsi Sitemap kami sediakan di satu page khas. Dalam laman ini Anda akan dapat melihat kesemua tajuk artikel dipaparkan mengikut tarikh ia dikeluarkan dalam sususan kategori mengikut turutan huruf dari A sampai ke Z. Apple, Android, Aksesori berada di bahagian atas sebab perkataannya dimulakan dengan huruf A.
Artikel paling baru akan berada di bahagian paling atas, artikel paling lama berada di bahagian belakang sekali. Page ini hanya akan memaparkan link ke tajuk artikel sahaja namu ia berguna sebagai quick reference.
Kami terharu menerima email dari ketua sekumpulan pelajar kolej yang menjadikan iAwani sebagai sumber bacaaan simply sebab minat mahu tahu perkembangan terbaru tablet serta smartphone. Jujur dari hati kami benar-benar rasa terharu.
Email ringkas itu menjadi penyuntik semangat buat kami.
Alhamdulillah, iAwani diberi pujian kerana liputan berita kami lebih cepat dari laman blog teknologi lain. Terkejut kami membaca email tersebut sebab niat kami bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana blog, sebaliknya hanya untuk mencapai target yang kami sendiri tetapkan.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL AMIRAH BINTI ABDULLAH @ afylza ammira
No comments:
Post a Comment