Thursday 1 November 2012

Android?

wrote by Milda
Satu sistem operasi yang terdapat pada perisian telefon bimbit touch screen/ smartphone dan juga tablet. Ia umpama manusia yang mempunyai otak dan sistem dalam otak serta neuron dalamnya yang mengawal pergerakan serta menyimpan maklumat. Anggota badan yang lain hanya berfungsi menerima pesanan dari otak untuk melaksanakan sesuatu tugas. Perkembangan Android adalah sangat cepat dan setiap 6 bulan sekali android akan bertambah maju. Maka, namanya akan berubah mengikut kemampuannya dan apa yang paling penting adalah fungsinya akan bertambah baik. Qualiti setiap perisian itu akan menaikkan lagi harga sesebuah gajet, fungsi Android sama juga seperti prosesor dalam kompuater riba anda. Sebagai contoh intel core i5  lebih laju dari intel care i3. Namun adakah anda tahu jenis-jenis Android yang wujud dan apakah kelebihannya? Berikut adalah sedikit maklumat mengenai versi Android yang telah wujud sejak kemunculan telefon bimbit touch screen. Cakap banyak pun tak guna, anda pernah memiliki gajet yang mempunyai sistem operasi Android? Atau pernahkah anda menggunakan gajet yang mempunyai sistem operasi yang berikut? Kalau tiada, bagimana anda mahu mengetahui apa perbezaannya antara jenis-jenis Android yang ada. Tidak perlu pening kepala yg penting anda tahu android berfungsi untuk mengokong semua aplikasi google kerana ada sejarah antara Google dan  Android Inc.

Jenis-jenis
Tahun
Fungsi
Gajet
Android 1.1
March/09
jam penggera, voice search (carian suara), penghantaran mesej dengan Gmail, dan notis e-mel
Android 1.5 (Cupcake)
Mei/09
kemampuan merakam dan menonton video dengan mod kamera, memuat video ke Youtube dan gambar ke Picasa terus dari telefon, sokongan Bluetooth A2DP, kemampuan disambungkan secara automatik ke alat dengar Bluetooth, animasi skrin, dan keyboard pada skrin yang boleh disesuaikan dengan sistem
Android 1.6 (Donat)
Sept/09
penggunaan bateri penunjuk dan kawalan applet VPN. Ciri-ciri lain adalah album yang membolehkan pengguna untuk memilih gambar yang akan dihapuskan; kamera, camcorder dan album yang dintegrasikan; CDMA / EVDO, 802.1x, VPN, Gestures, dan Text-to-speech engine; kemampuan dial kenalan; teknologi text to change speech (tidak terdapat pada semua telefon; pengadaan resolusi VWGA
Android 2.0/2.1 (Éclair)
Dis/09
perubahan yang dilakukan adalah pengoptimuman hardware, peningkatan Google Maps 3.1.2, perubahan UI dengan pelayar baru dan sokongan HTML5, senarai kenalan(phone contacts) yang baru, sokongan flash untuk kamera 3 , 2 MP, digital Zoom, dan Bluetooth 2.1
Android 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt)
Mei/10
Perubahan-perubahan umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain sokongan Adobe Flash 10.1, kelajuan prestasi dan aplikasi 2 hingga 5 kali lebih cepat, intergrasi V8 JavaScript engine yang digunakan Google Chrome yang mempercepatkan kemampuan rendering pada browser, pemasangan aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi Hotspot mudah alih, dan kemampuan auto update di dalam aplikasi Android Market
Samsung GALAXY tab (GT-P1000), Samsung GALAXY Tab Wifi ( GT-P1010)
Android 2.3 (Gingerbread)
Dis/10
peningkatan kemampuan permainan (gaming), peningkatan fungsi copy paste, skrin antara muka (User Interface) direka semula, sokongan format video VP8 dan WebM, kesan audio baru (reverb, equalization, headphone virtualization, dan bass boost), sokongan kemampuan Near Field Communication (NFC), dan sokongan jumlah kamera yang lebih daripada satu
Samsung GALAXY Note, Samsung Galaxy S Advance, Samsung S6500
Android 3.0/3.1 (Honeycomb)
11
Android versi ini menyokong saiz skrin yang lebih besar. User Interface pada Honeycomb juga berbeza kerana sudah direka untuk tablet. Honeycomb juga menyokong multi pemproses dan juga akselerasi (kelajuan) perkakasan (hardware) untuk grafik
Samsung galaxy Tab 7.7
Android 4.0 (ICS: Ice Cream Sandwich)
Okt/12
menambah ciri-ciri baru termasuk membuka kunci dengan pengenalan wajah, rangkaian data pemantauan penggunaan dan kawalan, kenalan rangkaian sosial bersepadu, tambahan fotografi, mencari e-mel secara offline, dan berkongsi maklumat dengan menggunakan NFC
Samsung Galaxy Tab 2(7’) & (10.1’), Samsung Galaxy SIII, Asus PadFone 2, Asus Transformer Pad Infinity