Sunday, 16 December 2012

hye hye...wenfry jumpa ini...WENFRY ANTONG...BA 11160555

Menjadikan carian lebih pantas

Adakah anda pernah terfikir bagaimana kami boleh meneka perkataan yang betul bila anda secara tidak sengaja silap menaip atau melakukan kesilapan ejaan atau sebelum anda selesai menaipnya? Selama bertahun-tahun kami telah mengkaji cara orang membuat carian dan kami boleh menggunakan apa yang kami ketahui untuk membolehkan anda mendapatkan maklumat yang anda mahukan dengan lebih pantas.
Sebagai contoh, kami telah mengetahui bahawa kebanyakan orang yang menaip [beruang tutup] dalam kotak carian mencari [beruang kutub] hampir serta-merta selepas itu. Jadi kami cadangkan pembetulan ejaan. Dan kami menggunakan prinsip yang betul-betul sama untuk membetulkan kesilapan ejaan lain atau mencadangkan carian berkaitan.
Autolengkap mengetahui dari cara berjuta-juta orang membuat carian setiap hari untuk mencadangkan pertanyaan carian semasa anda menaip. Katalah anda mula menaip [new york] atau cuma [new y]. Anda dengan segera akan boleh memilih dari senarai carian untuk Bandaraya New York, New York Times dan Universiti New York (hanya menyebutkan beberapa nama sahaja).
Untuk mempercepat lagi carian, kami memperkenalkan Google Semerta, yang memberikan hasil carian semasa anda menaip. Kami menganggarkan yang ini menjimatkan masa pencari pada purata dua hingga lima saat untuk setiap carian. Namun begitu, setelah anda memilih hasil carian, anda mesti klik dan kemudian tunggu lagi untuk halaman dimuatkan. Jadi untuk membantu anda menjimatkan sebahagian daripada masa tersebut juga, kami kini mempunyai Halaman Semerta. Halaman Semerta boleh mendapatkan hasil carian teratas tersedia dalam latar belakang semasa anda memilih pautan untuk diklik, menjimatkan lagi dua hingga lima saat pada carian biasa.

No comments:

Post a Comment