PULAU MANUKAN, KOTA KINABALU
Sabah sangat popular dengan destinasi pelancongannya yang menarik seperti di kawasan tanah tinggi dan pulau-pulau yang indah dan mempersonakan. Justeru itu Jika anda bercadang untuk bercuti di Kota Kinabalu, Sabah, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk pergi ke kepulauan utama di sekitarnya terutamanya Pulau Manukan.
Pulau Manukan merupakan
antara lima buah pulau di Taman laut Tunku Abdul Rahman dan kedua terbesar
di Kota Kinabalu selepas Pulau Gaya, selain itu tiga lagi pulau yang sering
menjadi kunjungan pelancong ialah Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.
Kedudukan pulau Manukan
terletak tidak jauh dari Jeti Jesselton Point iaitu hanya kira-kira 20 minit
dengan bot laju. Tambang bot pergi balik RM17 seorang.Pulau ini sangat sesuai
untuk penggemar aktiviti Snorkling. Dari Jeti Pulau Manukan, tanpa memakai
peralatan snorkling,anda akan dapat melihat beribu-ribu ekor ikan berkeliaran
di bawah jeti kerana airnya begitu jernih.
Bagaimanapun jika anda ingin bersnorkling anda boleh menyewanya di pulau ini kerana sewaan peralatan snorkling dan menyelam ada disediakan disini.
Ia juga adalah kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. selain aktiviti berikut, anda juga boleh mandi-manda kerana pantainya sangat bersih atau sekadar berehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang terbentang luas.
Soal makan dan penginapan juga anda tidak perlu risau kerana anda boleh mendapatkannya di pulau ini. Malah pulau ini juga lengkap dengan segala kemudahan awam termasuk telefon dan tandas awam.
Pada pandangan saya, Pulau ini sangat Cantik namun ada juga orang yang berpendapat, Pulau Mamutik lebih cantik. Terpulanglah kepada anda sendiri untuk menilainya. Seeloknya ambillah peluang untuk berkunjung ke lima buah pulau di Taman Laut Tunku Abdul Rahman park atau sekurang-kurangnya, tiga buah pulau iaitu Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sapi kerana kedudukan antara ketiga-tiga buah pulau ini hanya memakan masa hanya 10-15 minit untuk tiba dari satu pulau ke satu pulau yang lain. Anda boleh mendapatkan pekej di Jesselton Point dengan harga yang berpatutan (RM30-RM50 seorang) untuk ke tiga-tiga pulau tersebut dalam masa sehari.

No comments:
Post a Comment