Bagaimana membuat blog ringkas di Facebook
Tahukah anda bahawa kita boleh membuat blog ringkas di Facebook? Walaupun tidak di sediakan secara rasmi oleh Facebook, namun kita masih boleh membuatnya dengan menumpang aplikasi yang di buat oleh pihak ketiga. Mereka dah sediakan beberapa aplikasi di Facebook, jadi ikutilah langkah langkah dibawah ini, kalau anda ingin mencuba. Senang saja caranya….
Langkah 1:
Dalam keadaan sudah LOG IN kedalam akaun Facebook anda, pergilah kebahagian search/carian dan taipkan “blog”, untuk mencari aplikasi blog yang sudah tersedia.
Langkah 2:
Akan muncul beberapa aplikasi blog yang dibuat oleh pihak ketiga. Sebagai contohnya, pilih blog yang di buat oleh Shujaat bin tariq. ( ikon B berwarna biru, dan klik View Aplication).
Langkah 3:
Seterusnya muncullah halaman utama aplikasi blog tersebut. Klik Go Aplication.
Langkah 4:
Kemudian anda akan mendapati beberapa blog yang telah di publishkan oleh pengguna Facebook yang lain, dengan menggunakan aplikasi yang sama. Pada halaman ini juga, anda bolehlah membuat blog pertama anda, Klik Create New Blog Entry.
Langkah 5:
Sebelum anda dapat membuat blog entry baru, anda mestilah mengaktifkan blog face. Klik Add Face Blog
Langkah 6:
Di halaman berikutnya, anda diminta pengesahan untuk memberikan laluan pada profile dan segala sesuatu yang berkenaan dengan data diri anda di Facebook. Klik Allow
Langkah 7:
Setelah di sahkan, anda akan menjumpai semula halaman yang sama dengan sebelumnya. Klik Create New Blog Entry
Langkah 8:
Buatlah kategori blog anda. Klik Add New Category
Langkah 9:
Pada dialog Add New Category, berikan nama untuk kategori tersebut pada bahagian Title. Untuk Description berikan penjelasan singkat mengenai kategori tersebut, atau boleh juga di biarkan kosong.
Langkah 10:
Selepas kategori di buat, anda dapati, kategori tadi sudahpun bercantum di dalam blog anda.
Langkah 11:
Untuk memasukan video dari Youtube, copy alamat URL dari video tersebut, dan masukan ke bahagian Video URL.
Langkah 12:
Apabila sudah siap, anda bolehlah klik Publish dan anda akan mendapat pesanan bahawa blog anda telahpun selesai di buat.
Macam mana pendapat anda? Cubalah, pastikan anda juga membuat blog di Facebook seperti saya.
Disediakan Oleh: Desren Osewan, BA11110078
No comments:
Post a Comment