Untuk
mencari di dalam Wikipedia:
- Jika
anda lihat di sebelah kiri pelayar web (browser) anda, terdapat satu kotak yang
berlabel cari, dan diikuti dengan Pergi dan Cari. Taip sahaja apa yang anda
ingin cari ke dalam kotak carian dan tekan kekunci Enter. Atau klik Pergi /
Cari.
Enjin
Carian Luar
Terdapat
banyak enjin gelintar yang boleh mencari dalam laman web tertentu sahaja,
termasuk Wikipedia. Biasanya carian tersebut adalah berdasarkan teks yang
ditunjuk di dalam perlayar web, jadi markup wiki tidak menjadi masalah.
Secara
amnya, pencarian yang menggunakan enjin carian/gelintar luar adalah lebih
pantas daripada carian Wikipedia. Walau bagaimanapun, oleh kerana cache enjin
gelintar bergantung kepada bila sesuatu laman web diindeks, halaman yang baru
dicipta tidak akan terpapar. Ini juga bermakna cache enjin tersebut mungkin
tidak dapat memaparkan versi terkini sesuatu halaman. Seperkara lagi, apabila
menggunakan carian luar, rencana yang dikehendaki (sekiranya ada) jarang berada
di tempat teratas, sebaliknya berada lebih bawah daripada rencana-rencana lain
yang turut memuatkan perkataan yang dicari. Ini adalah disebabkan oleh teknik
pencarian optimum enjin carian tersebut.
Persoalan-persoalan
ini mungkin boleh diatasi dengan menggunakan beberapa enjin carian kerana
setiap enjin gelintar memproses Wikipedia dengan cara yang berbeza:
- Yahoo!
memasukkan Wikipedia sebagai satu kandungan tetap dan mengemaskini datanya
(Yahoo!) secara berkala.
- Clusty
memuaturun data/kandungan Wikipedia dan memprosesnya secara berkala, kemudian
mencipta abstrak secara automatik dan thumbnail gambar. Clusty juga menguraikan
alihan (redirect), penghilang kekaburan (disambiguation) dan kategori.
Google
Dengan
menggunakan pautan-pautan di bawah, anda boleh menggunakan enjin gelintar
Google untuk mencari di dalam Wikipedia - sama ada dalam semua bahasa, ataupun
cuma Wikipedia Bahasa Melayu.
• Mencari
di dalam semua Wikipedia dengan Google
• Mencari
di dalam Wikipedia Bahasa Melayu dengan Google
Yahoo!
Dengan
menggunakan pautan-pautan di bawah, anda boleh menggunakan enjin gelintar
Yahoo! untuk mencari di dalam Wikipedia - dalam bahasa Inggeris dan beberapa
bahasa lain, namun tidak bahasa Melayu.
• Mencari
di dalam semua Wikipedia dengan Yahoo!
Jika anda
selalu mencari menggunakan Yahoo!, anda mungkin mahu memasang Yahoo! Companion
Toolbar. Dengan menggunakan butang "Search Only the Current Site"
anda boleh mencari di dalam Wikipedia ini dengan pantas. Seperti Google, Yahoo!
Companion Toolbar yang rasmi hanyalah untuk kegunaan Internet Explorer pada
Windows.
Clusty
Dengan
menggunakan pautan-pautan di bawah, anda boleh menggunakan enjin gelintar
Clusty untuk mencari di dalam Wikipedia Bahasa Inggeris sahaja.
• Mencari
di dalam Wikipedia Bahasa Inggeris dengan Clusty
Jika anda
selalu mencari menggunakan Clusty, anda mungkin mahu memasang Clusty Toolbar
(versi beta). Dengan menggunakan butang "Encyclopedia search source"
anda boleh mencari di dalam Wikipedia Bahasa Inggeris dengan pantas.
Istimewanya Clusty ialah selain daripada untuk Internet Explorer pada Windows,
Clusty Toolbar juga boleh didapati untuk Mozilla Firefox (versi beta).
Carian
Wikipedia
Carian
dalaman Wikipedia (melalui kotak carian di sebelah kiri setiap halaman) mungkin
tidak boleh digunakan ketika waktu puncak atau ketika pelayan (server) sibuk
(mungkin beberapa jam). Namun demikian, di bawah ini ada beberapa petunjuk
untuk menolong anda mencari dengan lebih berkesan.
Bagaimana
Untuk Membuat Carian Artikel Cara Pantas di iAwani
Untuk membuat carian pantas di iAwani, kami
sediakan panduan bagaimana melakukannya, iaitu dengan…
1. Menggunakan kotak carian.
2. Mencari di ruang Sitemap.
3. Merujuk ke bahagian Kategori
4. Merujuk ke Arkib Harian.
5. Merujuk ke Arkib Bulanan.
Gunakan kotak carian untuk carian pantas cara
biasa. Jika Anda mahu mencari apa-apa maklumat berkenaan sesuatu topik tertentu
misalnya iPad atau Android, taip di kota carian lalu tekan Enter.
Hasil carian iAwani dipaparkan dalam format tajuk
beserta tarikh, kategori, huraian, gambar, link ke sumber berita serta link
untuk ke artikel-artikel berkaitan. Jika Anda malas untuk mencari page by page,
klik ke tajuk artikel-artikel berkaitan. Ada belasan tajuk juga ada disediakan thumbnail
link.
Jika Anda mahu membaca berita terbaru berkaitan
sesuatu gajet sahaja, teknik terbaik adalah dengan merujuk ke bahagian Sitemap atau
ke bahagian Kategori.
Setiap berita yang disampaikan iAwani di
klasifikasikan mengikut kategori masing-masing – berita terbaru dalam setiap
kategoti akan berada di bahagian atas sekali. Link ke setiap kategori kami
letakkan di bahagian sidebar (di sebelah kanan skrin Anda) untuk memudahkan
Anda mengklik ke kategori-kategori tertentu. Setiap kategori memaparkan jumlah
artikel yang ada di situ.
Fungsi Sitemap kami sediakan di satu page khas.
Dalam laman ini Anda akan dapat melihat kesemua tajuk artikel dipaparkan
mengikut tarikh ia dikeluarkan dalam sususan kategori mengikut turutan huruf
dari A sampai ke Z. Apple, Android, Aksesori berada di bahagian atas sebab
perkataannya dimulakan dengan huruf A.
Artikel paling baru akan berada di bahagian paling
atas, artikel paling lama berada di bahagian belakang sekali. Page ini hanya
akan memaparkan link ke tajuk artikel sahaja namun ia berguna sebagai quick
reference.
Bagaimana pula aplikasi
Google Search Dioptimasi Untuk Tablet Windows 8?
Bagi pengguna Google yang sudah biasa
menggunakan Google Search di tablet Android,di iPad mahupun di sistem operasi
Windows 7, mereka pasti akan tertanya-tanya bagaimana untuk menggunakan Google
Search di tablet Windows 8 misalnya Surface. Usah risau. Google memperkenalkan
aplikasi Google Search untuk Windows 8 yang kini Anda boleh lihat di Windows Store. Selepas di download dan di
install, Google Search akan memiliki ikonnya sendiri di kekotak Live Tiles di
muka hadapan Windows 8. Dengan sentuhan hujung jari Anda boleh aktifkan Windows
8, membuat carian atau beralih ke produk-produk Google yang lain misalnya
Gmail, Images, Maps, Blogger, Plus, Voice, YouTube serta Reader. Ada
pembaharuan di sini. Melalui Google Search Windows 8, mana-mana search result
boleh dilihat pada paparan Instant Preview menampilkan ciri swipe-side-to-side
tanpa membuka hasil carian itu satu persatu sebagaimana biasa. Fungsi ini
benar-benar menjimatkan masa dan canggih berbanding platform lain. Selain
membuat carian maklumat dengan cara menaip perkataan ke ruang kotak carian
menggunakan keyboard, Anda juga boleh membuat carian maklumat menggunakan
arahan suara dengan menyentuh ikon mikrofon tersedia di sebelah kotak carian
Google Search.
disediakan oleh : siti normalizzah binti malek
disediakan oleh : siti normalizzah binti malek
No comments:
Post a Comment