Friday 7 December 2012

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok terletak di kawasan Sandakan, Sabah. Jaraknya dari Bandar Sandakan ialah 25 kilometer. Keluasan Pusat pemuliharan Orang-Utan Sepilok ialah 43 kilometer persegi. Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok merupakan hutan asli yang terpelihara. Orang ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan hujan tropika ini. Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini dibuka untuk mendidik anak-anak orang-utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan dan menjaga orang-utan daripada pupus.
Pada tahun 1957, pembalakan telah diharamkan dan pasukan simpanan telah dilantik untuk membuat penyelidikan. Dalam tahun 1963 semasa Sabah merdeka dalam Malaysia, Jabatan Perhutanan telah menbentuk satu Cawangan Penjaga Binatang Perburuan (Game Branch). Pada masa itu, dipercayai bahawa orang-utan ialah binatang yang susah didapati dan makin berkurangan. Musim itu juga anak-anak orang-utan sangat terkenal sebagai binatang perliharaan di kalangan rakyat Sabah dan di tempat lain. Anak-anak orang-utan biasanya di tangkap semasa pembalakan dan pembersihan hutan. Dengan adanya Cawangan Penjaga Bintang Perburuan ini, satu undang-undang baru telah dikeluarkan iaitu ‘Dilarang menangkap dan memelihara orang-utan’. Oleh itu Sepilok telah dipilih sebagai sebuah pusat pemuliharaan orang utan. Pelawat-pelawat boleh ke pelantar untuk melihat orang-orang utan datang dari dalam hutan untuk mendapatkan makanan dua kali sehari mereka iaitu susu dan pisang. Masa-masa memberi makan setiap hari ialah pada pukul 10:00 pagi dan 3:00 petang.
Pusat ini dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar yang seramai 37 orang termasuk seorang Pegawai Hidupan Liar yang bertindak sebagai Pegawai Penguasa Pusat ini, Pegawai Veterinar. Pembantu Hidupan Liar dan Pekerja Rendah Awam. Dl-samping itu, Pusat ini juga menyediakan beberapa infrastruktur untuk menyokong fungsi-fungsinya seperti bangunan Pusat Penerimaan Tetamu, Pusat informasi Sepilok. pejabat untuk kakitangan, bangunan klinik, kuarantina dan kandang-kandang untuk proses pemulihan orangutan, pembiakan badak dan hidupan liar yang lain.
Pusat ini telah terkenal dengan usaha yang dilakukan untuk memulihkan dan menyelamatkan orang utan. Dengan kedudukan pusat ini yang terletak di pinggir hutan simpan Kabili-Sepilok yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan seperti pokok bunga, pokok kayu dipterokap dan pokok buah-buahan liar yang juga merupakan sumber makanan utama kepada orang utan dan haiwan lain telah menarik minat kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk berkunjung dan melihat sendiri kegiatan yang dijalankan oleh pusat ini. Ini secara langsung menyedarkan mereka akan kepentingan perlindungan undang-undang terhadap habitat orang utan dan hidupan liar yang lain.


Lokasi :
Batu 14, Jalan Labuk Sandakan Sabah
WDT200, 9009 Sandakan Sabah

Tel : 6 089 531180
Fax : 6 089 531189
Email : soutan@po.jaring.my
Webpage : http://www.sabah.gov.my/jhl/








No comments:

Post a Comment