Satu sistem operasi yang terdapat pada perisian
telefon bimbit touch screen/
smartphone dan juga tablet. Ia umpama manusia yang mempunyai otak dan sistem
dalam otak serta neuron dalamnya yang mengawal pergerakan serta menyimpan
maklumat. Anggota badan yang lain hanya berfungsi menerima pesanan dari otak
untuk melaksanakan sesuatu tugas. Perkembangan Android adalah sangat cepat dan
setiap 6 bulan sekali android akan bertambah maju. Maka, namanya akan berubah
mengikut kemampuannya dan apa yang paling penting adalah fungsinya akan
bertambah baik. Qualiti setiap perisian itu akan menaikkan lagi harga sesebuah
gajet, fungsi Android sama juga seperti prosesor dalam kompuater riba anda.
Sebagai contoh intel core i5 lebih laju
dari intel care i3. Namun adakah anda tahu jenis-jenis Android yang wujud dan
apakah kelebihannya? Berikut adalah sedikit maklumat mengenai versi Android
yang telah wujud sejak kemunculan telefon bimbit touch screen. Cakap banyak pun tak guna, anda pernah memiliki gajet
yang mempunyai sistem operasi Android? Atau pernahkah anda menggunakan gajet
yang mempunyai sistem operasi yang berikut? Kalau tiada, bagimana anda mahu
mengetahui apa perbezaannya antara jenis-jenis Android yang ada. Tidak perlu
pening kepala yg penting anda tahu android berfungsi untuk mengokong semua
aplikasi google kerana ada sejarah antara Google dan Android Inc.
Jenis-jenis
|
Tahun
|
Fungsi
|
Gajet
|
Android 1.1
|
March/09
|
jam penggera,
voice search (carian suara), penghantaran mesej dengan Gmail, dan notis e-mel
|
|
Android 1.5
(Cupcake)
|
Mei/09
|
kemampuan
merakam dan menonton video dengan mod kamera, memuat video ke Youtube dan
gambar ke Picasa terus dari telefon, sokongan Bluetooth A2DP, kemampuan
disambungkan secara automatik ke alat dengar Bluetooth, animasi skrin, dan
keyboard pada skrin yang boleh disesuaikan dengan sistem
|
|
Android 1.6
(Donat)
|
Sept/09
|
penggunaan
bateri penunjuk dan kawalan applet VPN. Ciri-ciri lain adalah album yang
membolehkan pengguna untuk memilih gambar yang akan dihapuskan; kamera,
camcorder dan album yang dintegrasikan; CDMA / EVDO, 802.1x, VPN, Gestures,
dan Text-to-speech engine; kemampuan dial kenalan; teknologi text to change
speech (tidak terdapat pada semua telefon; pengadaan resolusi VWGA
|
|
Android
2.0/2.1 (Éclair)
|
Dis/09
|
perubahan yang
dilakukan adalah pengoptimuman hardware, peningkatan Google Maps 3.1.2,
perubahan UI dengan pelayar baru dan sokongan HTML5, senarai kenalan(phone
contacts) yang baru, sokongan flash untuk kamera 3 , 2 MP, digital Zoom, dan
Bluetooth 2.1
|
|
Android 2.2
(Froyo: Frozen Yoghurt)
|
Mei/10
|
Perubahan-perubahan
umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain sokongan Adobe Flash
10.1, kelajuan prestasi dan aplikasi 2 hingga 5 kali lebih cepat, intergrasi
V8 JavaScript engine yang digunakan Google Chrome yang mempercepatkan
kemampuan rendering pada browser, pemasangan aplikasi dalam SD Card,
kemampuan WiFi Hotspot mudah alih, dan kemampuan auto update di dalam
aplikasi Android Market
|
Samsung
GALAXY tab (GT-P1000), Samsung GALAXY Tab Wifi ( GT-P1010)
|
Android 2.3
(Gingerbread)
|
Dis/10
|
peningkatan
kemampuan permainan (gaming), peningkatan fungsi copy paste, skrin antara
muka (User Interface) direka semula, sokongan format video VP8 dan WebM,
kesan audio baru (reverb, equalization, headphone virtualization, dan bass boost),
sokongan kemampuan Near Field Communication (NFC), dan sokongan jumlah kamera
yang lebih daripada satu
|
Samsung
GALAXY Note, Samsung Galaxy S Advance, Samsung S6500
|
Android
3.0/3.1 (Honeycomb)
|
11
|
Android versi
ini menyokong saiz skrin yang lebih besar. User Interface pada Honeycomb juga
berbeza kerana sudah direka untuk tablet. Honeycomb juga menyokong multi
pemproses dan juga akselerasi (kelajuan) perkakasan (hardware) untuk grafik
|
Samsung
galaxy Tab 7.7
|
Android 4.0
(ICS: Ice Cream Sandwich)
|
Okt/12
|
menambah
ciri-ciri baru termasuk membuka kunci dengan pengenalan wajah, rangkaian data
pemantauan penggunaan dan kawalan, kenalan rangkaian sosial bersepadu,
tambahan fotografi, mencari e-mel secara offline, dan berkongsi maklumat
dengan menggunakan NFC
|
Samsung
Galaxy Tab 2(7’) & (10.1’), Samsung Galaxy SIII, Asus PadFone 2, Asus
Transformer Pad Infinity
|
No comments:
Post a Comment