STESEN JANAKUASA HIDRO ELEKTRIK TENOM PANGI
Terletak di hulu lurah Tenom - Pangi kira-kira 10 km dari Pekan Tenom dan 215km dari Kota Kinabalu. Tapak ini boleh dihubungi dengan kereta ataupun keretapi. Projek Hidro Tenom Pangi ini adalah jenis 'run-of-river' yakni air sungai dialih alirannya melalui terowong supaya ada tekanan di hujung terowong itu kemudiannya disalurkan melalui empaisir keluli ke turbin untuk menjana tenaga eletrik.
Tenaga yang diperolehi dihantar ke bandar-bandar utama di Pantai Barat dan Pedalaman Negeri Sabah. Pada masa ini kawasan-kawasan yang menerima bekalan ialah Tenom, Beaufort, Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Keningau. Hidro Tenom Pangie ini berupaya menjana 66Megawat kuasa elektrik.
Pusat Kebudayaan Murut Sabah
Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini terletak di Kampung Inalisan Pulong kira kira 13 km dari Pekan Tenom dan mempunyai keluasan 33 ekar. Bangunan ini menelan belanja RM8 juta dan telah dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996 dan mula beroperasi pada 02 Januari 1998.
Bangunan utama Pusat Kebudayaan Murut Sabah Tenom berfungsi sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran, pameran dan persembahan kebudayaan dan kesenian, kedai kraftangan
Kemudahan yang terdapat di Pusat Kebudayaan Murut ini ialah Kantin, Bilik Hiburan, Bilik Rehat, Bilik Perbincangan, Dewan Persembahan yang boleh memuatkan lebih kurang 1,000 orang. Bilik Persalinan, 04 buah Dewan Pameran,06 buah Dewan pertunjukan untuk menganyam dan pertukangan.
BATU BERUKIR
Batu Berukir terletak 64km di Kampung Bekuku, Ulu Tomani 64 km dari Pekan Tenom. Perjalanan ke sini akan mengambil masa 1 jam 30 minit dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Pelawat akan berjalan kaki selama lebih kurang 40 minit melalui bendang/sawah dan anak bukit. Untuk mengikuti cerita Lagenda Tujuh Beradik Berukir para pelawat boleh membuat temujanji dengan Ketua Kampung tersebut.
AIR TERJUN
Di Tenom terdapat beberapa buah air terjun tempat berkelah iaitu Air Terjun Kalang, Air Terjun Amboi, Sapong dan Baru Jumpa. Perjalanan ke Air Terjun ini memakan masa 20 minit hingga 1 jam berjalan kaki untuk sampai. Kepuasan dan keseronokan ditambah lagi apabila dapat menikmati air bersih, segar dan nyaman serta hutan tropika asli.
Selain daripada air terjun terdapat beberapa tempat yang mempunyai tarikan pelancong seperti di Sungai Biah di Ladang Sapong dimana terdapat Tanah Pinsi yang mempunyai lagendanya yang tersendiri. Perjalanan ke Tanah Pinsi ini mengambil masa lebih kurang 15 dari Air Terjun Sapong.
by: Dayang Muhaini |
No comments:
Post a Comment