Friday, 18 January 2013

CARA-CARA MEMUAT TURUN GOOGLE DRIVE






1.    Taip google drive pada enjin carian

2.    Klik google drive
3.    Klik download , Accept and install



1.    Kemudian anda bolehlah log in menggunakan akaun gmail anda.


 Selesai langkah di atas anda boleh menggunakan Google drive yang mempunyai ruang penyimpanan data sebanyak 5gb
5.    Jika anda mahukan lebih ruang penyimpanan maka anda perlu membayar untuk menambah ruang.


Wrote by Milda


 TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU


Fail:Gunung Kinabalu.jpg

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. Di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oceania.
 
Fail:MtKinabalu view from kundasan.jpg
 
Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
 
Fail:Mount Kota Kinabalu.JPG
 
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
 
Gunung tertinggi di Malaysia ini menjadi kebanggaan rakyat Sabah khususnya. Gunung ini diwartakan Taman Negara dan juga diiktiraf sebagai Warisan Dunia (World Heritage) mempunyai keunikan tersendiri.
Gunung Kinabalu
Pendaki dikehendaki mendaftar dan mendapat permit mendaki di HQ Kinabalu Park. Waktu mula mendaki dibuka jam 8:30pagi - 12:30tgh. Kebiasaannya pendaki akan mendaki melalui Timpohon Gate. Pendaki juga boleh membuat pilihan melalui Mersilau trail, di Kundasang. Bagaimanapun sejarah pendakian Gunting Lagadan dan Sir Hugh Low bukanlah melalui kedua-dua trail ini. Setiap Checkpoint dibina pondok untuk berehat serta ada kemudahan tandas dan air.
 
Timpohon Gate
Pintu masuk ini hanya 4KM dari HQ Kinabalu Park. Pendaki boleh berkenderaan sendiri atau menggunakan kenderaan Kinabalu Park dengan sedikit kos dikenakan. Sebuah pondok dan pelantar dibina di pintu masuk ini.
 
Carson Waterfall
5 minit berjalan dari Timpohon Gate pendaki akan melintas air terjun ini. Air terjun ini tidak begitu gah tapi tetap mendamaikan hati.
Periuk Kera
 
Pondok Kandis/ Kandis Shelter
Hampir 1KM dari Timpohon Gate. Laluan adakalanya mendatar, adakalanya mendaki. Lereng-lereng bukit telah ditarah menjadi tangga dan disokong dengan papan.
 
Pondok Ubah/ Ubah Shelter
Didirikan 1.5KM dari Timpohon Gate.
 
Pondok Lowi
Jarak 2KM dari Timpohon Gate.
 
Pondok Mempening
Trail ke sini dari pondok sebelumnya penuh berbatu.
 
RTM Stesen - Helipad
Pendaki hanya akan lalu berdekatan RTM Stesen, bunyi generator stesen ini jelas kedengaran dari trail pendaki. Pendaki boleh melencong sebentar ke Helipad dan dapat melihat puncak kinabalu dengan jelas sekirannya cuaca baik dan tidak berawan.
Layang-layang / Layang-layang Hut
Disini didirikan pondok dan juga asrama untuk pekerja Kinabalu Park. Berada di ketinggian 2702.3m d.p.l dan hampir 4KM dari Timpohon Gate.

Simpang Mersilau
Ada papan tanda arah Mersilau. Kini sedang didirikan satu bangunan dipersimpangan trail ini dijangka siap menjelang tahun 2006.

Pondok Villosa
Menghampiri pondok ini, pokok-pokok bonsai banyak dan semakin rendah disekitar trail. Kawasan pondok ini berada dipuncak bukit dan terdedah dengan angin.

Pondok Paka
Pondok ini agak tersembunyi dibalik pokok-pokok yang tinggi menjanjikan satu suasana redup buat pendaki. Trail ke sini cukup menarik, tangga-tangga berbatu dan pokok-pokok bonsai menghiasi laluan pendaki disamping puncak Kinabalu tersergam diatas. Terdapat Gua Paka berdekatan pondok ini yang dikatakan menjadi tempat perteduhan pendaki terdahulu.

Hut (Waras, Panar Laban, Laban Rata, Gunting Lagadan, Burlington)
Hut-hut diatas adalah antara asrama untuk pendaki bermalam. Setiap satu hut terletak berdekatan walaupun di ketinggian berbeza. Paling rendah Waras Hut (3243.7m), Burlington Hut (3270.9m), Laban Rata (3272.7m), Panar Laban (3314.3m) dan paling tinggi Gunting Lagadan Hut (3323.5m). Beberapa kemudahan asas telah disediakan seperti katil, gebah/sleeping beg, bantal, dapur memasak, periuk-miuk, pinggan mangkuk, tandas dan bilik mandi. Satu Restoren ada ditempatkan di Laban Rata.
 
Sayat-Sayat Hut
Disini diletakkan petugas merekodkan pendaki yang mendaki ke Puncak Kinabalu dan pendaki kena melaporkan kembali apabila turun dari puncak. Bagi pendaki yang tidak mampu meneruskan pendakian boleh berehat di sini sebelum berpatah balik. Kejayaan pendaki menjejak ke puncak tertinggi juga dilaporkan disini oleh jurupandu arah masing-masing.
 
South Peak
Puncak-puncak KinabaluGunung Kinabalu berdiri megah dengan beberapa puncak. Puncak tertinggi, Low's Peak (4095m) diambil sempena nama Hugh Low. Puncak-puncak lain antaranya, Alexandra Peak (4003m), St. John's Peak (4092m), Victoria Peak (4088m), Ugly Sister Peak (4032m), Donkey Ears (4054m) yang umpama telinga keldai dan South Peak (3933m) dengan keadaan struktur batu yang unik.
 
Mersilau Trail
Trail ini hanya lebih 1.5KM dari Timpohon Trail. Trail ini lebih mencabar kerana pendaki kena mendaki dan menuruni cerun samaada pendaki mendaki ke Puncak mahupun sebaliknya. Sebahagian trail ini menyusuri permatang dan berlatarkan air terjun.
 
Jambatan Gantung (Kipuyut)
Ini antara checkpoint yang menarik di Mersilau Trail selain dari beberapa pondok antaranya Pondok Lompoyou. Jambatan sejauh kira-kira 40m ini terletak ditengah-tengah hutan merintangi jeram berbatu.

Mersilau Nature Resort
Disinilah permulaan/tamat trail Mersilau. Pejabat tempat pendaki yang melalui trail ini melaporkan diri. Hampir sama seperti HQ Kinabalu Park, Kemudahan asas seperti surau, kafeteria, bilik mandi, telefon awam turut disediakan disini. Pengunjung juga boleh melawat mini Muzium Kinabalu yang disini. Sukarnya disini, Mersilau Nature Resort jauh dari jalan utama Kinabalu-Ranau dan pekan Kundasang.

Hugh Low Trail
Trail ini juga dikenali Jejak Lagadan merupakan trail yang digunakan Hugh Low dan Gunting Lagadan semasa mula-mula menawan puncak Kinabalu. Trail ini bermula dari ketinggian 902m d.p.l. dan berkecerunan 60 darjah dan banyak melalui cerun-cerun berbatu licin serta berjuram yang dalam. Trail ini akan bertemu dengan trail Timpohon di Pondok Paka

Kg. Kiau Nuluh
Trail ini bermula dari Kg. Kiau Nuluh berdekatan sempadan Taman Kinabalu. Banyak pacat di lantai hutan ini. Pendaki boleh bermalam di Kem site pertama setelah melintasi sempadan Taman Negara. Pendaki perlu membawa khemah sendiri kerana tiada kemudahan asrama/pondok disediakan dan tiada sumber air di kem site ini. Suhu malam boleh mencecah 15darjah celcius.

Tiong-Tiong
Berada di sebelah barat gunung Kinabalu dan laluan kesini penuh dengan pokok resam kipas. Pendaki boleh bermalam di checkpoint ini. suhu malam boleh mencecah 5 darjah celsius. Tiong-tiong sebenarnya tidak begitu jauh dari stesen Komborongoh (KM2 Timpohon trail). Antara perkara menarik, pendaki boleh melihat puncak G. Kinabalu dari sudut yang berlainan sekali dan jarang dirakamkan oleh media. Terdapat sebuah kolam kecil yang dikatakan tidak pernah kering walaupun musim kemarau. Kedinginan air kolam ini menjadi sumber air pendaki. Pemandangan matahari terbenam disini juga menarik sekali.

Snow Field
Tempat ini dinamakan sempena nama lumut dari jenis Snow Fern yang banyak terdapat disekitarnya. Lumut yang bewarna putih ini seolah-olah salji yang menutupi permukaan batu.

Gua Paka
Pendakian ke sini dikategorikan laluan berbahaya dan perlu lebih berhati-hati. Laluan merentasi tebing batu yang licin dan bertumbuhan aneh. Pendaki boleh bermalam dan berteduh di gua ini. Terdapat sungai berdekatan gua dan paras air sungai berubah mengikut keadaan hujan.
 
Disediakan Oleh: Desren Osewan
 
 
 
 
 

Tutorial A: Mencari Maklumat Daripada Internet
Penilaian Laman Web: Teknik Menilai dan Soalan yang Perlu Ditanya
Ketika mencari maklumat daripada internet, anda haruslah mengenalpasti terlebih dahulu tentang kesahihan laman web yang sedang anda kunjungi itu. Bagi menilai sama ada laman web itu boleh dipercayai atau tidak, anda haruslah menguasai beberapa teknik tertentu dan merujuk kepada soalan-soalan yang boleh membantu anda untuk mengenalpastinya.
Terdapat dua teknik penilaian laman web bagi menilai kebolehpercayaan sesuatu laman web iaitu:

1)    Latih mata dan jari anda untuk menggunakan beberapa teknik yang membantu anda mencari apa yang anda ingin tahu daripada laman web tersebut dengan pantas.
2)    Latih minda anda untuk berfikiran kritis, biarpun berasa curiga dengan bertanya beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memutuskan sejauh mana laman web itu boleh dipercayai atau digunapakai.

Terdapat beberapa soalan penting yang harus anda pertimbangkan dalam memilih laman web, iaitu:
1)    Apa yang URL boleh beritahu anda?
                      i.        Adakah laman web itu dimiliki oleh seseorang?
                     ii.        Domain apa yang digunakan? (pendidikan, komersial atau kerajaan)
                    iii.        Adakah ia diterbitkan oleh sesuatu entiti tertentu? (siapa yang menerbitkannya?)

2)    Telitikan keseluruhan laman web itu untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan ini.
                      i.        Siapa  penulis halaman itu?
                     ii.        Adakah bertarikh? Jika ia bertarikh, adakah tarikh itu bersesuaian?
                    iii.        Apa yang penulis akui di dalam topik itu?

3)    Melihat kepada penunjuk kualiti maklumat.
                      i.       Adakah sumber rujukan disertakan dengan nota kaki atau links?
                     ii.      Jika ia mengambil maklumat dari sumber lain, adakah ia lengkap? Tidak berubah
               Tidak palsu?
                    iii.       Adakah pautan atau links dari sumber lain disediakan pada topic tersebut?

4)    Apa pendapat pihak/orang lain?
                      i.        Siapa yang telah dihubungkan atau links kepada halaman itu?
                     ii.        Adakah halaman itu disenaraikan dalam satu atau lebih panduan atau rujukan?
                    iii.        Apakah pendapat pihak lain tentang penulis?

5)    Adakah ia telah ditambah?
                      i.        Kenapa halaman itu dimasukkan ke dalam laman web tersebut?
                     ii.        Boleh jadi ia ironik? Sendaan atau ejekkan?
                    iii.        Adakah ia boleh dipercayai? Dan sumber-sumber seperti buku dan artikel boleh didapati secara bercetak dan atas talian melalui perpustakaan?
Kesimpulannya, sememangnya melalui internet anda boleh mencari pelbagai maklumat yang berguna bersesuaian dengan keperluan anda. Namun, ada maklumat yang terdapat di dalam internet tidak mempunyai sumber yang jelas dan tidak boleh dipercayai. Bagaimanapun, dengan menggunakan teknik-teknik dan sumber-sumber di atas, masalah tersebut dapat di atasi dengan sewenangnya.
Disediakan Oleh: Desren Osewan
SUNGAI PADAS...~~ BEAUFORT

RAFTING..



Sungai Padas terletak di kawasan pedalaman di barat daya Kota Kinabalu. Para pengunjung akan dapat mengalami sendiri pengalaman berkayak di sungai berskala III - IV dan aktiviti ini sesuai bagi mereka berumur 12 hingga 55 tahun.

Untuk melakukan aktiviti ini, minimun mesti ada 4 orang dalam satu kumpulan dan umur 10 tahun ke atas. Untuk had umur, bergantung kepada sungai mana yang anda pilih, atas faktor - faktor keselamatan. Selain berseronok, keselamatan juga perlu diutamakan. 
untuk sampai ke sini pengunjung perlu Dari Kota Kinabalu,  menaiki teksi atau bas untuk ke Beaufort. Perjalanan ini akan memakan masa selama 2 jam.
Setiba di Beaufort, dikehendaki untuk menaiki kereta api selama 3 jam perjalanan untuk sampai ke Sungai Padas.

By: Dayang Muhaini

TENOM

JOM KE TENOM....

Apa yang menarik ada dii Tenom?? Jom kita terokai....
Taman Pertanian 
Terletak di Lagud Sebrang, 12 kilometer dari Pekan Tenom dan 212 km dari Kota Kinabalu. Disini terdapat Muzium Tanaman Hidup, Taman Orkid dan Lebah Madu.

Muzium Taman Hidup
Muzium ini terletak didalam kawasan Pusat Penyelidikan Pertanian Lagud Seberang. Disini anda akan dapat melihat pelbagai jenis tanaman yang mempunyai nilai serta kegunaan dalam pertanian dan perindustrian. Muzium yang mempunyai keluasan 8 ekar dan mempunyai lebih kurang 400 jenis tanaman. Para pelawat akan berpeluang melihat pelbagai tanaman yang telahpun dibahagikan mengikut kegunaan seperti sayur-sayuran, rempah-ratus, buah-buahan, tanaman minuman, wangi-wangian dan sebagainya. 
Lain-lain tanaman liar dari hutan yang didapati ialah Timakon, Peruput, Dabai, Kembayau, Kesusu, Sentul, Mengkudu dan Mundu. Manakala tanaman yang diperkenalkan Buah Ajaib ( Sybespalum dulcificum) Ice Cream ( Inga.sp)Abiu (Pouteria Caimito ), Canisted ( Pouteria campechiana )
Sekiranya anda bernasib baik, anda dapat melihat tanaman ini berbuah dan seterusnya merasa buah tersebut. Pastinya kepelbagaian tanaman dimusim ini akan menarik perhatian setiap pengunjung. Kadar bayaran masuk ke  Muzium Tanaman Hidup akan dikenakan bagi orang dewasa RM5.00, Pelajar Sekolah Menengah RM3.00 dan murid Sekolah Rendah RM2.00
 
Taman Orkid 
kawasan yang seluas 2 ekar ini mempunyai 500 spesies orkid liar di kawasan tanah rendah. taman ini bukan sahaja tempat yang boleh dilawat malah mendapat perhatian dimata dunia terutama sekali pakar-pakar dan orang ramai dari dalam dan luar Negara. A
Ternakan Lebah Madu  
Terletak didalam kawasan Taman Pertanian dan mempunyai tiga unit utama iaitu Apiari Stok Koloni, Apiari Penyelidikan dan Apiari Komersial.  Projek ini dimulakan pada tahun 1987. Apa yang menarik  ialah  di Stesen ini ia boleh menunjukkan 60 spesis lebah madu daripada  70 spesis yang terdapat di dunia. Projek ini satu-satunya Stesen di Asia dan malah diseluruh dunia dimana boleh memperlihatkan 60 spesis lebah madu didalam satu kawasan lapangan penyelidikan. 
Di Stesen ini bukan sahaja dapat menyediakan perkhidmatan pelbagai sumber maklumat mengenai penternakan lebah madu tetapi pelbagai kemudahan lain. 

STESEN JANAKUASA HIDRO ELEKTRIK TENOM PANGI 
Terletak  di hulu lurah Tenom -  Pangi  kira-kira 10 km dari Pekan Tenom dan 215km dari Kota Kinabalu. Tapak ini boleh dihubungi dengan kereta ataupun keretapi. Projek Hidro Tenom Pangi ini adalah jenis 'run-of-river' yakni air sungai dialih alirannya melalui terowong supaya ada tekanan di hujung terowong itu kemudiannya disalurkan melalui empaisir keluli ke turbin untuk menjana tenaga eletrik. 
Tenaga  yang diperolehi dihantar ke bandar-bandar utama di Pantai Barat dan Pedalaman Negeri Sabah. Pada masa ini kawasan-kawasan yang menerima bekalan ialah Tenom, Beaufort, Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Keningau. Hidro Tenom Pangie ini berupaya menjana 66Megawat kuasa elektrik.
Pusat Kebudayaan Murut Sabah  
Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini terletak di Kampung Inalisan Pulong kira kira 13 km dari Pekan Tenom dan mempunyai keluasan 33  ekar. Bangunan ini menelan belanja RM8 juta dan telah dibina pada tahun 1994 dan siap pada  tahun 1996 dan  mula beroperasi pada 02 Januari 1998.  
Bangunan utama Pusat Kebudayaan Murut Sabah Tenom berfungsi sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran, pameran dan persembahan kebudayaan dan kesenian, kedai kraftangan  
Kemudahan yang terdapat  di Pusat Kebudayaan Murut ini ialah Kantin, Bilik Hiburan, Bilik Rehat, Bilik Perbincangan, Dewan Persembahan yang boleh memuatkan lebih kurang 1,000 orang. Bilik Persalinan, 04 buah Dewan Pameran,06 buah Dewan pertunjukan untuk menganyam dan pertukangan. 
BATU BERUKIR  

Batu Berukir terletak 64km di Kampung Bekuku, Ulu Tomani 64 km dari Pekan Tenom. Perjalanan ke sini akan mengambil masa 1 jam 30 minit dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda.  Pelawat akan berjalan kaki selama lebih kurang 40 minit melalui bendang/sawah dan anak bukit. Untuk mengikuti cerita Lagenda Tujuh Beradik Berukir para pelawat boleh membuat temujanji dengan Ketua Kampung tersebut. 
AIR TERJUN  

Di Tenom terdapat  beberapa  buah air terjun tempat berkelah iaitu Air Terjun Kalang, Air Terjun Amboi, Sapong dan Baru Jumpa. Perjalanan ke Air Terjun ini memakan masa 20 minit hingga 1 jam berjalan kaki untuk sampai. Kepuasan dan keseronokan ditambah lagi apabila  dapat menikmati air bersih, segar dan nyaman serta hutan tropika asli. 
Selain daripada air terjun terdapat beberapa tempat yang mempunyai tarikan pelancong seperti di Sungai Biah di Ladang Sapong dimana terdapat Tanah Pinsi yang mempunyai lagendanya yang tersendiri. Perjalanan ke Tanah Pinsi ini mengambil masa lebih kurang 15 dari Air Terjun Sapong. 
by: Dayang Muhaini 

Thursday, 17 January 2013

BAH PULAU PULAU PENYU..


Di seberang Pulau Libaran, 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan Sempadan Malaysia dan Filipina, terdapat sekelompok pulau-pulau yang terdiri daripada tiga pulau kecil yang berhampiran iaitu Pulau Selingan, Pulau Gulisan dan Pulau Bakkungan Kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau-pulau yang terutama di timur-selatan Asia di mana penyu-penyu mendarat dan bertelur di pantainya. Penyu-penyu ini biasanya bertelur pada waktu malam selepas pukul 8 bila air surut. Pada masa itu anda boleh menyaksikan penyu-penyu yang mendarat mengorek lubang di pantai dan bertelur ke dalamnya.




Penyu-penyu yang bertelur di pulau-pulau ini ialah 83% ‘Green Turtles’ dan 17% ‘Hawksbill Turtles’. Kebanyakan ‘Green turtles’ bertelur di Pulau Selingan manakala kebanyakan ‘Hawksbill Turtles’ bertelur di Pulau Gulisan, kerana terdapat terumbu karang yang luas di kawasan ini. Manakala sebahagian kecil dari kedua-dua jenis penyu ini bertelur di Pulau Bakkungan Kecil. Penyu-penyu ini bertelur sepanjang tahun, tetapi kemuncak ia bertelur ialah pada bulan Julai hingga bulan Oktober bagi ‘Green Turtles’ yang bertelur lebih kurang 110 biji dalam satu lubang dan Februari hingga April bagi ‘Hawksbills Turtles’ yang bertelur di antara 70 hingga 180 biji telur sekali. Telur-telur ini akan di peram selama 50-60 hari sebelum ia menetas menjadi anak penyu dan berenang balik ke laut. Dalam penyelidikan, penyu-penyu betina ini akan kembali untuk bertelur selepas 20 tahun dan akan kembali bertelur selepas beberapa tahun berikutnya. 
Di antara pulau-pulau penyu ini, Pulau Selingan juga merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menarik. Dengan menggunakan bot laju anda boleh menyaksikan keindahan pulau ini dan kejernihan lautnya yang cantik dengan beraneka jenis ikan. Pulau Selingan terdapat sebuah chalet iaitu Chalet Pulau Selingan. Ia mempunyai 15 buah bilik yang mempunyai bilik mandi. Chalet ini juga mempunyai restoran.